Thursday, March 26, 2009

Arnab dan Masalah Najis


Untuk makluman anda arnab yang sihat hanya menghasilkan 2 jenis najis iaitu najis solid atau Fecal ( yang berbentuk bulat kering dan tidak berbau) dan juga najis yang dikenali sebagai Cecotropes. Ada beberapa pemilik arnab terutama yang baru dengan arnab, akan hairan melihat arnab mereka memakan najisnye sendiri.. hahah.. bukan ke mudah kalau arnab dah memakan najisnya sendiri, kurang satu kerja. Jangan lah salah sangka najis yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN” semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.

Najis solid atau Fecal berbentuk bulat berwarna coklat gelap kehitaman. Ia biasanya kering dan tidak berbau. Kandungannya biasanya adalah sisa sisa pemakanan yang tidak tercerna dan bulu ,terutama pada musim Molting . Oleh itu grooming atau pengemasan bulu amat penting pada musim molting bagi mengelakan Fur Block di dalam sistem .

Cecal pula, berwarna coklat gelap, terikat seperti gumpalan anggur. Ia bersaiz kecil dan lembut dan berkilat. Setiap gumpalan kelihatan seperti terdapat cairan mucus. Cairan mucus ini bertindak sebagai perlindung kepada bakteria baik semada proses memakan dan ia akak terhurai apabila masuk ke sistem penghadaman arnab. Cecal ini mempunyai sedikit bau, ini adalah kerana ia mengandungi banyak bakteria yang berguna.

Arnab anda bermasalah sekiranya:

mushyCirit Birit (Diarrhea) - najis seperti air yang pekat.. pada peringkat awalnya hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.

- masalah ini jarang berlaku kepada arnab dewasa, ia biasanya lebih cenderung berlaku kepada arnab muda yang berumur 8 minggu kebawah. Jika ini berlaku kepada arnab dewasa , ini ada berkemungkinan daripada diet yang ditukar secara mengejut, atau mungkin juga disebabkan oleh beberapa masalah seperti : Cacing Gelang, Cacing Pita dan juga ganguan usus.

Seperti saya katakan tadi cirit birit lebih senang menyerang arnab yang muda , Mengapa?

- Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan tidak mendapat susu ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya dan terlalu muda untuk dipisahkan dari susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku, terus dapatkan rawatan untuk arnab anda. Jangan dibiarkan masalah ini berterusan. Ini adalah kerana sekiranya cirit birit berterusan arnab akan ternyahidrat, lemah dan seterusnya kematian berlaku.

Apa yang perlu dilakukan;

Dapatkan rawatan segera daripada veterinar.

Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.

Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan

Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan serti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.

1 cawan air bersih

2 camca teh gula

1/4 camca teh baking soda

secubit kecil garam

Note: Ini bukan untuk rawatan Cirit Birit arnab.. ini adalah Rehydration Solution (ORT)

Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.


Arnab anda bermasalah sekiranya:

mushy-stoolSatu lagi masalah yang kadang kala berlaku ada lah masalah najis yang tidak solid dan lembik, ia tidak berair seperti cirit birit, saiznya menyerupai fecal dan mungkin besar sedikit dari fecal biasa. Ia tidak solid lembut atau lebik berbau dan melekit. Ia disebabkan oleh diet arnab yang tinggi kandungan karbohidrat dan kurang kandungan serat. Ia juga boleh berlaku kepada arnab yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Satu lagi ia juga berlaku kepada arnab yang kurang aktif dan mengalami ARTHRITIS. Oleh itu untuk menangani masalah ini, berikan diet kaya dengan serat iaitu dengan memberikan lebih hay atau pellet yang mengadungi serat yang tinggi dan juga biarkan arnab anda lebih kerap berlari bebas bagi tujuan senaman. Ini penting bagi sistem pencernaan arnab dan juga mengurangkan berlakunya obesiti .

1 comment:

Miss Vamp said...

xtau la my rabbit ada Diarrhea atau tak tapi bila tengok bahagian punggung, nmpak merah2..apa mksudnya?mcm mana nak remove najis dari punggung arnab? my rabbit struggle bila pegang or even bila dah balut dengan tuala.