Thursday, March 26, 2009

Kutu Telinga (Ear Mites) , KUTU (Fur Mites) dan Kurap (Burrowing Mites) pada arnab

Gejala gejala ringan yang sering dihadapi oleh arnab, yang mana jika tidak dapat dikesan dirawat lebih awal mungkin boleh meyebabkan masalah serius bukan saja kepada arnab tetapi juga kepada pemiliknya. Amatlah menyedihkan sekiranya masalah ringan seperti jangkitan kutu dan pijat dan kurap ini tidak dirawat dengan betul sehingga bertambah serius sehingga ke peringkat kritikal dan menyebabkan kematian berlaku kepada arnab.

Masalah ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada peringkat awalnya. Dan apabila sudah dapat dilihat maka ia sudah keperingat yang berat. Jika dibawa kepada Veterinar kaedah “Skin Scraping” akan dilakukan untuk mendapatkan sampel sebelum dilihat dibawah mikroskop untuk melihat kewujudtan telur kutu atau pijat. Sample bulu juga boleh digunakan tetapi memerlukan sample dari setiap bahagian arnab yang mungkin dijangkiti. Jika ujian tersebut negetif, ujian biopsy adalah penyelesaian terbaik.

KUTU TELINGA (EAR MITES)

earmites-2 Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjankiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab mengaru telinga. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.

Sintom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.

Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerat tersebut tidak boleh dibuang dibersihkan ini kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mendatangkan masalah lain.

Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.

IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.

KUTU HAMA( FUR MITES )

tfh_cheyletiella_miteKutu dan hama adalah masalah biasa kepada arnab, kucing dan juga anjing. Dan haiwan haiwan ini boleh jadi pembawa kepada masalah ini, dan ia boleh dijangkiti oleh manusia atau pemilik haiwan haiwan berkenaan. Ia adalah disebabkan oleh parasit Cheyletiella Paracitoctorax dan juga Listrophorus Gibbus

Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada arnab .Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Dan ia biasa juga terdapat pada arnab arnab yang sihat. KItaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu arnab atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.

Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk arnab dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada arnab. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.

Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar

Listrophorus Gibbus (kutu babi) adalah kutu yang jarang sekali di jangkiti arnab. Ia mudah dijangkiti oleh arnab yang kerap lepas bebas di halaman rumah dan padang. Ini adalah kerana ia hanya bertelur di dalam tanah dan hanya larva yang hinggap pada arnab, kucing dan juga anjing. Kutu tersebut akak menghisap darap perumah sehinga 3-4 kali ganda dari saiz badanya dan jatuh semula ke tanah untuk meneruskan kitaran hidupnya.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Larva biasanya akan menhisap darah di telinga, tepi mata, bawah dagu, di bahu, kaki dan celahan kaki. Kesan gigitan dari kutu tersebut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan kesan garu boleh menyebabkan jangkitan.

KURAP ( Burrowing Mite)

Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal. Bukan itu sahaja parasit daripada kurap ini boleh menjangkiti arnab arnab lain, kucing , anjing dan mungkin juga pemilik haiwan tersebut. Kitaran hidup bagi parasit ini adalah 3minggu. Hanya larva berada di permukaan kulit, parasit betina memasuki kulit untuk bertelur dan terus berada didalam sel kulit.

Sintom dan tanda tanda kritikal : Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.

Rawatan : Dapatkan rawatan Veterinar dengan segera. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa harisebelum digunakan semula, ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan arnab yang terkena jangkitan daripada arnab , kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.

ivomec_generic

IVERMECTIN … rawatan yang paling berkesan, dapatkan nasihat dari veterinar

No comments: